syukur.

26 disember 2011.

Nawaitu kesampaian.
Dapat aku jemput dia ke kenduri aku di Perak.
Kenal dengan semua sedara mara aku.
Tak penah terpikir hubungan boleh sejauh ni sekarang.

Sehari sebelum bertolak balik Kuala Lumpur.
Kami ke Pangkor.
Dia dan parents aku.

Memang penutup 2011 paling terbaik wok. : D

Terima kasih Tuhan.

Mandi manda sungai kampung.






3/22 tahun

29 Oktober 2011.
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM.
3 tahun untuk segulung ijazah.

Alhamdullillah.
Hati bergoncang melangkah masuk ke dewan.
No. 2 ialah nombor bertuah aku.
Semuanya untuk mak dan abah.

Sebaik nama dilaung di seluruh dewan.
"Intan Farhana binti Idris, kelas pertamaaa".

Langkah itu untuk mak dan abah.
Senyum itu untuk mak dan abah.
Ketawa itu untuk mak dan abah.

Sebaik lagu UiTM Di Hatiku dimainkan.
Rasa terharu itu untuk mak dan abah.
Susah dan payah memberi aku peluang untuk melakukan semuanya selama 3 tahun.

Dan 3 tahun daripada 22 tahun kehidupan aku ini, semuanya hanya untuk mereka.

Intan Farhana Idris, you make yourself proud.

Robiah Abu dan Idris Takyan



revolusi itu indah

email facebook bukan lagi itu.
password facebook bukan lagi itu.

aku inginkan perubahan.
buatkan aku lagi semangat bila ada perubahan baru.

daripada 388 kawan entah jadi berapa pulak nanti.
aku suka yang simple. tak berlebihan. 
senang hati tengok wall berita aku clean.

laman blog ini pula akan aku jadikan tempat aku update status aku. bukan sana lagi. 
tak peduli ada orang baca atau tidak.

cuma tulis, tak perlu berfikir.

p/s: password facebook dulu no plat moto ex boyfriend aku DQ3024. bagus kan aku dah tukar? : ))

kelakar. kreatif sape yang buat.


3 hari

3 hari lepas.

hari pertama - rumah macam syurga. bos-bos besar pergi bercuti. i am my boss.haha
                      makan sedap sedap big bos saya tinggalkan.
                      poket berisi big bos tinggalkan gaji.

hari kedua   - alamak. baju dah menimbun kena basuh.
                     nak makan apa ni. malas nak masak.
                     not merah je tinggal dalam poket.

hari ketiga   - bersepahnya bilik aku.
                     pagi makan sup cambell, malam makan mee goreng mamak tapau.
                     bunyi syiling bila goncang goncang tas tangan.

hampir masuk hari keempat - ketibaan bos bos.
                                            lega.

p/s: thank you bos.hehe



kurasakaurasa

cubit peha kiri, peha kanan terasa.

sakit pulak tu kau cubit.

nak menangis rasa.

dah jatuh timpa tangga.

tangga besi lak tu.

itulah.

nak sangat harapkan guruh, konon hujan rahmat nak turun, air dalam tempayan dicurahkan. bila hujan tak turun turun kan dah kering kontang.

putih mata je la.

takpe.

ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

:,(



petir kencang

sekarang musim hujan.

tak sempat nak bercuti cuti sebab tengkujuh.

hari hari hujan.

tapi aku tak pernah standby payung.

dah lenjun.

boleh keringkan.

terasa hangat semula. ahhh.

p/s: banyak cara nak keringkan. kita boleh belajar. dan saya masih belajar. saya harap dia juga begitu.



luka itu.

aku tahu dari dulu keputusan itu yang terbaik.

terima kasih.


tentang sesuatu

bila kita sayangkan seseorang, ia bukan mengenai berapa lama kita sanggup menunggu insan itu.
tetapi, sebenarnya memahami kenapa kita sanggup menunggu.

jadi adakah korang semua masih menunggu?

aku?

tak pernah menunggu. 
tak pernah mengharap.
cuma, tak pernah lupa. tapi dah lepaskan.
oh. ya,aku boleh lepaskan mungkin sebab aku tak faham kenapa aku perlu menunggu.
aku tak faham. kenapa aku perlu menunggu untuk orang yang aku sayang 
tetapi 
sayangkan orang lain.

itu tetapi aku.
korang ada tetapi?
ok. mudah. isi tempat kosong.

aku tak faham. kenapa aku perlu menunggu untuk orang yang aku sayang tetapi ___________

semua jawapan kat tangan kita untuk menulis. : ))

p/s: jangan mengelat guna pemadam.



entah.

rindu nak berangan angan dengan kata kata.

tapi, semenjak ni. alhamdullilah semuanya baik saja.

masalah yang diberi Tuhan hanya ringan ringan. : ))

tak ada apa sangat nak diungkap mengenai hidup sekarang.

Alhamdullilah. itu saja yang mampu dipacul daripada mulut aku berulang kali sekarang.



bergerak dan berubah.

kalau hujan, bukan setiap hari akan hujan.
kalau ada pelangi, bukan selalu akan muncul pelangi.
siang yang terang, pasti bertukar jadi malam yang gelap.
bila malam, bukan setiap malam akan ada bintang menerangi kegelapan dan kesunyian malam.

hmm.

sama juga soalnya hidup.
apa yang ada takkan selamanya kekal.
pasti ada yang akan berubah sedikit demi sedikit.

p/s: risau.

hujan

hujan lebat.
tangan panjang si penjaga waktu dah nak cecah 8.
kerja menimbun kat office.
report bulan 8 sepatutnya submit, tertunda.
siap.
hujan masih lebat.
jauh kereta park sebab parking full bila sampai lewat masuk office.

makin lebat.
wiring radio kereta problem.
mp3 pun jadi lah.

lagu ini selalu jadi pilihan aku tatkala sendiri merenung.



tenang.
lirik dan melodi buat aku teringat kisah kisah silam.
apa yang sudah aku lalu.

 macam tengok wayang hitam putih tak ada suara, 
semua memori seakan rewind depan mata.
proses pengewapan menyebabkan hujan bertambah tambah lebat.
aku rindu semuanya.

sudah jauh. dan masih jauh.
terlalu banyak sudah dibuat, tapi tidak banyak yang kekal.
sayang.
p/s: oh ya.
cukai 6% ditangguh.bila nak mansuh terus je Najib?


intan farhana ini saya.

hai pembaca dalamhatibisu.
lama tak berblog.
sibuk bercinta bekerja setiap hari.
tapi rindu.
rindu nak mencoret rasa hati.

setiap hari bertarung untuk terus ke depan.
berterabur langkah di ambil. taknak berhenti walaupun sukar untuk menapak.
kalau berhenti, mesti lupa jalan nak ke depan.
kalau berhenti mesti cuma mahu ke belakang mula semula.

ya.
takkan pernah gembira seikhlas hati selagi aku selalu mencari apa nak disi dalam balang kegembiraan tu.kan senang ada topup kegembiraan.

sama juga, takkan pernah rasa nikmat kehidupan selagi aku masih mencari cari makna kehidupan ini.

mudahnya, hidup ini menjadi dengan seni sendiri.

itu yang dipilih, ada la jalannya.

tapi aku sendiri mengomel dengan apa yang sudah dipilih sendiri. macam mana? haihh.

p/s: suka dengar lagu blog sendiri. lagu refleks diri : ))



meluat

aku manusia. simple. ade perasaan.
aku taknak berpura-pura.

meluat aku dengan kata-kata kau.

kau siapa pulak nak doakan kebahagiaan aku sekarang, sedangkan kau sendiri pernah hancurkan kebahagiaan aku yang dulu?

arhh.

bukan aku nak riak menidakkan doa kau. tapi mungkin tak perlu.

antara kau dan aku, aku redha. janji aku tak hadap lagi muka fake kau. baik lak kau dengan aku kan.

selebihnya kau hitung dengan Yang Maha Esa.


bukan ini.

bukan ini.

aku mahukan pilihan, bukan peluang.

it's not about chances, but option to decide.

apa guna kalau ada peluang, tapi tiada pilihan untuk menilai dan menerima pilihan tu.

satu jalan je ke?

p/s: boleh berdiri tegak lagi dalam keadaan macam ni bersama?



sentiasa

setiap hari bangun, aku selalu pikir cara untuk boleh buat ini :

apa aku pikir jadi sedikit,
apa aku buat menjadi mudah,
dan apa yang aku tuju akan lebih pendek jalan untuk mencapainya.

di penghujung hari, masih tiada cara untuk membolehkan 3 benda tu tercapai.

tapi memang. hidup bukan untuk memikirkan benda remeh macam ni kan.

sapa kata hidup susah.

lapa, makan.
ngantuk, tidur.
kenyang, berak.
bosan,main.
ada duit, shopping.
takda duit, dok dendiam.

apa yang susahnya?

p/s: penat.bila nak berhenti?



datang dan pergi

hidup terlalu busy dengan job kedua yang aku terima.
masuk pagi, balik malam.
lepak malam, balik tengah pagi.
kesian badan aku.

makin terasa bosannya hidup aku keje kat situ.
keje banyak. pihak management, tak menjaga kepuasaan hati pekerja.
aku decide untuk quit.

tapi dalam masa yang sama. aku sudahpun di offer keje baru.
alhamdullilah pintu rezeki aku Tuhan mudahkan.

ditambah dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku.
semoga ini jalan baru untuk aku.

kisah yang lama.takkan pernah aku lupa.
tapi,
apa guna bediri di pintu yang tertutup sedangkan pintu yang satu lagi sudah terbuka untuk aku masuk dan mencuba.

insyaallah.





naik

sekarang.
dompet aku ringan je.kurang isi.
semua aku tanggung sendiri.mana pakai duit abah aku.
minyak, tol, parking.
nak bawak keta 70,80 konon jimat minyak tapi kaki gatal nak menekan,
padahal keta bukan leh pegi.haha
patut la ramai perempuan sekarang perlukan sugar daddy.

p/s: RON kau reti dok dendiam? asik naik nak pegi mana.

jalan ke depan

bateri badan habis teruk.
tapi alhamdullilah.
ini semua rezeki.
dan aku taknak tolak sebulatnya tanpa pertimbangan.
2 interview, 1 pemilihan, 1 kerjaya.
hari yang sama.
result exam final aku keluar.
officially aku dah habis bachelor degree aku.22 tahun.
2 berita gembira dalam masa sehari.
jadi sekarang aku dah diterima bekerja.

hati berbelah bagi.
aku dapat ini, tapi Tuhan tarik sedikit sesuatu daripada aku.
mungkin aku perlu cuba dulu satu step ke atas ni.

H.

makan bola

ini superhero bola saya.


nak pergi?jom!
wait.
ni lawan dengan malaysia kan?
ok.aku anak malaysia
kalau aku pergi aku nak pakai jersi kuning ke merah?
hehehe.



feeling warm

i love the feeling when
everytime i cried,
we had war,
i was wrong.
saying sory to each other.
wishing you hold me tight on your chest, wiping my tears
until we fell asleep.

love is like a war.
easy to start,hard to be ended.
please,dont stop this war.
i promise i will be a good soldier in this war, for our friendship. : )

dihargai dan menghargai

kadang,
mereka tak menghargai,
tapi aku tidak penat untuk memberi.
biar tiada rasa dihargai.
biar habis semua yang ada.

dan andai sudah tiada.
cuma doa itu yang aku butuhkan.

tiada yang mutlak bersama.

kadang-kadang bila kesenangan, kegembiraan datang daripada Tuhan, rasa macam mimpi.
tebuai-buai dan aku hanyut.

dan bila Tuhan sandarkan kepayahan pada bahu aku. aku sujud memohon dikuatkan hati menempuhi segalanya.

22 tahun banyak menunjukkan semua gambar kehidupan duniawi yang jahil.
datang dan pergi sampaikan tiada apa yang tinggal.
dan aku sendiri berjalan ke hutan.

ada masa aku sesat.
ada masa aku penat.
aku berhenti dan statik di situ.
tapi semuanya masih sama.
memaksa aku berjalan lagi.

ke mana arahnya jalan ini?
kenapa tidak berteman.
supaya ada yang membantu tika sesat,
supaya kurang rasa penat ini,
supaya terus berjalan tanpa henti ingin mencapai sesuatu bersama?

aku terduduk, memandang tunduk bumi, berpeluk tubuh di satu sudut gelap.

kawan, aku sangat perlukan kamu di saat rasa-rasa bodoh ini muncul. ada?

p/s: "teman" digambarkan tidak semestinya teman lelaki. bukan jaminan teman lelaki bole bersama kita mutlak kan? : l

satu hati : Nurul Nadeera dan Muhd Emrizal







fix or leave it.

tiba-tiba malam nak hujan.
penuh dengan awan tebal atas kepala aku.
mendungnya.

macam mana?
kepercayaan melibatkan sesuatu yang tak dapat dilihat dan harapan yang tak dapat sentuh dengan tangan.

susah.

aku bukan juara tarik tali masa sekolah dulu.

google translate

miss A: "are u interested working as a PS?"

hati bisu : "yes i do.sure.im very looking forward for it."

miss A: "what is your expected salary?'

hati bisu : "for start can it be one thousand eight hundred because im a fresh graduates though and this job are not full time aite."

miss A: "one thousand eight hundred aaa?"

hati bisu : "yeah. i mean seribu lapan ratus?"

miss A: "oh, one hundred eight thousand"

hati bisu : "erhhh."

miss A: "ok. i'll tell my bos.if u qualified. i will contact you further"


isunya sekarang.
seribu lapan ratus=one hundred eight thousand?
terus bukak google translate. aku ke yang salah?
(cakap two thousand sudah lah fara pas ni.) hahaha

p/s: but the pokok is. kan mudah guna bahasa malaysia saje? : ))

28 dan 22

intan farhana idris
28.05.89 - present

sangat-sangat hargai semua ucapan kawan-kawan.
call,sms,fb,ym.

tiada apa yang hendak diraikan.
tiada keperluan untuk meraikan.
masih putih seperti tahun-tahun sebelumnya.
cukup memadai aku tau,
dah jauh.
dan masih jauh lagi.
insyaallah.
: )

p/s: tq Suaidah Rosli. muffin coklat chips sekotak awak tak habis-habis lagi.ehe

masih 3.40 pagi

mencari persamaan dalam perbezaan.

itu yang sedang aku fahamkan sekarang.

kita manusia tiada yang sama.

konon je rambut sama hitam. cliche sangatlah haii.

mana tau hitam sama? aku hitam cair, kau hitam pekat kan.haha

dalam jurang perbezaan yang besar, kecil mahupun sederhana itu.
apakah persamaan kita?
mungkinkah dengan persamaan yang ada tu menjamin kita boleh sekepala dan kongsi jalan hidup ini?

mungkin. dan aku masih mencari, cuba memahami dan belajar menerima persamaan dalam perbezaan itu.

p/s: kenapa mesti 3.40pagi aku login blogger ni? : ))

3.40 pagi




❝Lelah parut senyum dah jemu

❝Rasa itu ini sementara
❝Kau harus ada
Kau harus ada di mana tempat ku berada


terima kasih

Tiada apa yang lebih sakit melainkan sedar seseorang bermakna pada kita,
tapi kita tidak bermakna pada seseorang. kan begitu? : ))

Terima kasih Tuhan pertemukan aku dan dia.
Terima kasih cinta berikan aku peluang untuk merasa bahagia itu.
Terima kasih dia.

Harapan.
Berlaku bila kita memberi harapan kepada sesuatu yang tak mungkin ada harapannya lagi.

Biarkan harapan kecil ini terpadam dengan api amarah yang besar itu.

hmmm.

puas hati?

ok.bye.


melaka maju







i city

kamera hp yang sangat kabur kan?
semua bawak kamera tapi macam-macam hal
ambik kau.sekali shoot pakai nokia 3.2 mega pixel saje.

terpaksa berdiri dekat dengan lampu.
terang kan? haha

ini adik kecik saya,
mohd amirul haziq.


status saya?

dalam fb

status:divorced

kenapa divorced? bukan single?

rasa tak kena je single tu.

hati orang bercerai ini lagi parah kan. haha

terbiasa dengan hidup sendiri.

dulu ada pun, suma buat sendiri gak. cuma berteman lah. lagi seronok dan ringan : ))

jauh lagi. takpe kan.

untuk fara,
kau perlu terus berdiri sendiri untuk menunjukkan kau masih mampu berdiri. : D

p/s: otw melaka. penat juga mendrive.


3 kombinasi hati

hatinya gelap untuk melihat.
hatinya terlalu kasar untuk merasa lagi.
hatinya merah.merah kerana penuh dengan api amarah.

: ))
mampu ke pula hati ini untuk
mewarna, melembut dan meredakan hatinya?

nak guna apa bai?

water colour buncho?
kertas pasir sekeping?
air pili bomba?

dah aku katakan sebelum ini.
bukan meletakkan harapan.
cuma cuba terus bergerak.
biar aku sendiri yang bermain dalam permainan ini. : ))

not enuf

what if our good is not good enough?

aku bukan malaikat. memang ada lah buruk aku.

egois, batu besar atas kepala tu memang ketara.

diam. ade lidah, tapi taknak guna. guna blog.lalala

kalau aku guna lidah. memang pedas lah kau kena.

yelah. hati dah marah. sumpah setan duduk atas kepala.

tolong faham. kata-kata yang tepacul daripada mulut tak semestinya dari sudut hati sendiri.kadang di pengaruhi faktor-faktor lain. kita manusia bai.

pikir lah gak apesal orang marah? saje-saje nak marah kee?

pantang aku orang berlagak. pantang sangat. jangan, jangan.

tapi, dalam banyak hal aku tak takut nak mengaku depan-depan kalau betul lah aku salah.

direct confrontation is the best method i think.

tak payah kecut-kecut. dah salah, tetap salah.

aku mintak maaf banyak-banyak lah kan kalau aku salah. kaki kau pun aku sanggup cium ah kalau besar sangat salah aku.

kalau still lagi nak cerita pum pam pum pam keburukkan aku. kau benci sangat la tu. dendam la namanya tu. sebab kau takleh lupa.

takpelah. hm.

aku bukan malaikat. mungkin kau ya.

p/s: orang buta ni tak perlukan cikgu nak tunjuk jalan. cuma perlukan diri kau satu lagi untuk tahu sendiri. kau buta tak? semua datang daripada diri sendiri ah senang cite. : ))


penang

daripada hutan batu yang sesak, ke suasana kampung yang damai.
terus ke sawah padi dan laut.
sekarang giliran jambatan.jambatan pulau pinang.
menginap di kondo pak ngah aku yang merantau di sini bekerja.
terbaik view daripada atas sini.
tenang.
teringat aku masa tinggal di putrajaya, bilik tingkat 3. selalu tertidur lepas bercakap dengan bulan.: ))
oh.ye. rindu kazen-kazen aku jugak. : ))




holiday

bila dah officially jadi penganggur ni, ada pulak rezeki datang.

rezeki berholiday.hehe

well kali ni explorasi utara. daripada perak, kedah, perlis dan penang. even dah pegi dulu-dulu. pegi. redah lagi. dulu kecik, sekarang dah besar. nampak?hehe

sekarang masih di langkawi. next ke penang.

ini sedikit sneak peak. : ))




kereta seret

sepang drag battle 2011, round 2.
congrats to kamarul nazran 3rd place, category D.

more coming. : ))

tak tahu kan

cinta itu.

mungkin aku tidak tahu apa yang aku ada sehingga ia pergi hilang.

keindahan cinta itu hanya sementara.

tapi kepedihan cinta itu kekal selamanya dalam hati ini.

you never know that this pain is because your absence.

i want to grow grey and old with you.

instead i grow apart from you.

i miss you.

really i do.



ingatan

teringat aku teringat kamu dan janji lamamu kepadaku.

teringat aku teringat.

teringat saat kau masih ada di sini, temaniku sepanjang hari.

teringat aku teringat.

hidup aku cukup adanya keluarga terhebat dan kawan-kawan terbaik.
tapi sayang, hidup ni tak pernah lengkap tanpa adanya dia.


: (


phewwww

sudah ada di Jengka.
im back for good.
oi. tak study langsung aku balik shah alam. gaya macam orang dah habis exam.

penat badan macam dah kena balun bila sampai semalam terus tidur.
penuh aktiviti 3 hari kat shah alam.

terbaik kali ini.
dapat jumpa frens yang mmg niat aku nak jumpa, execpt for Farahin. sorry dear. tak sempat.
and last day sempat spent time dengan famili aku untuk hari mak aku.
hope u like it mak. we love u so much.

sorry kawan-kawan di Jengka tak sempat balik untuk makan-makan dengan korang.


p/s: entri ke drag di sepang dan hari mak aku akan diupdate later. sekarang harus study. harus je? hehe : )


aku sahaja tahu

putus asa semudah itu tak menunjukkan betapa pentingnya perkara tu untuk kita.

tapi macam mana?
mana yang dah tahu tu cerita aku,
hatters lagi lebih daripada yang support aku dan dia.
sudah la macam tu,
apa yang aku buat ini semua langsung tak menguntungkan aku.
tunggu nak kena hamun, tunggu nak kena benci adalah.

bukan tak cuba nak lepas
bukan tak cuba nak bagi peluang untuk hati ini terima yang lain.
ada.
tapi bila dah jalan terus jumpa bulatan, pusing kat situ balik aku mula.

orang pun dah kata aku gila talak bayang.
ingat aku suka pula hidup dengan bayang-bayang?
aku tahu, ini kerja gila. tapi aku tak mampu nak lawan rasa hati.

ya.
aku ok dalam hidup.makan, tidur, ketawa, makan lagi, terus makan. tapi ini cerita dalam hati.

sumpah aku tidak pernah macam ini. sebab dia saja aku jadi macam ini.

mugkin sebab dulu, aku pergi bukan dengan kerelaan aku. banyak benda tak kesampaian.

bila timbang kati,

kalau aku lepas aku sakit,
kalau aku terus macam ini pun sakit akhirnya.

jadi macam mana?

p/s: bomoh sukarelawan ubat penyakit aku ini diperlukan. tolong mandrem bg aku lupa. ada?


.

flying sabahan

nan, ini bukan selamat tinggal.
selamat jalan, jalan yang jauh ke depan lagi : )


mohd adnan.
lebih kepada seorang brader yang merantau jauh untuk segulung ijazah itu.
kejujuran dia sering membuat kami ketawa.
hari ini flight pulang ke sabah.
nampak sangat gembira hati dia nak pulang ke kota kelahirannya itu.
semoga berjaya di sana nanti nan.
nanti kitorang datang sabah kan. : )


lepas

puas.
lepas semua rasa dengan berkaroke bersama teman-teman.
balik lewat pagi lepas melepak di kedai minum dan beronda ronda.
sembang pum pam pum pam.

teringat sendiri, bulan ni bulan mei.
taknak create bad memories untuk bulan ni.
mei untuk aku. : )

ok. 5 pagi dah sekarang.
tidur.

p/s: gambar gila karok mungkin di upload kemudian.


kenapa

Kenapa sekarang baru dikata kau penat.
Di mana hilangnya kesusahan bersama satu tika dulu yang tidak pernah aku kenal erti penat.

Kenapa diungkit apa yang aku mahukan?
Tidak pernah aku pinta kemewahan daripada kau.Sikit pun tak pernah.
Cukup adanya kau.

Kenapa digusar hati ini akan terluka?
Sudah terluka hati ini, biarkan saja ia terus terluka.

Kenapa kau bertindak seolah olah orang yang sudah hilang ingatannya?

Kenapa aku diperlakukan seperti aku sahaja pesalah lampau dalam hubungan kita yang lepas?

Kenapa tidak sedar akan hancurnya hati ini dahulu kerana kau, lalu aku pergi dengan langkah berat meninggalkan kau?

Kenapa tegarnya hati kau?

Kenapa dibiarkan ego itu melebihi keperimanusiaan hati kau?

Sekarang, bukan cinta yang aku mahukan.

Cuma peluang.
Dan kenapa kau masih tidak mengerti?

Kali ini kau berjaya sangat buat hati ini rasa ditikam tepat. tahniah.
Tapi aku masih hidup dan bergerak dengan luka itu. biar habis nyawa ini dengan luka itu.


rasa ini bodoh

Keluar awal jawab systems.
Putih adalah warna dominan pada kertas jawapan.
Sekarang duduk termenung di library.
Ade aircond.sejuk hati sikit.

Menekan-nekan hp guna wifi yang ada.

Sambil-sambil facebook.
Baca message daripada dia.
Terdiam.

Taktahu perasaan apa dalam hati.
Rasa macam jatuh lubang gelap besar.
Nak jerit mintak tolong, macam pita suara dicuri dan lidah dipotong nak bercakap.

Oh Tuhan berat sungguh dugaanMu ini untuk bahu kecil aku memikul.

(Mengeluh gila-gila panjang)
Tapi sungguh. Aku takkan putus asa. Bagi lah apa yang datang.
Tuhan menguji aku kerana tahu aku mampu mungkin.
Hm.




Ok. Dah rasa macam ada habuk masuk mata sekarang.
Bye.



systems

Esok 2nd paper aku.
Ini paper killer.
Office Systems Analysis and Design.
Semoga berjaya.
Harap-harap kertas putih boleh penuh dengan dakwat biru esok.

"Zam kau tidur sambil study ke?" ok.

Pesalah.


lemas

Hati makin lemas dan sesak.

Ada kalanya, aku tak mampu nak menyerap dan menampung lagi.

Bukannnya mudah nak pegang kerinduan aku dan bergerak dengan bayangan dia dalam kelam.

Saat mata aku pejamkan,

Dia menyentuh pipi aku, mengesat air mata yang membasahi pipi dan mengucup dahi menenangkan hati aku yang kepiluan.

Tapi bila aku buka mata melihat dunia. Ini realiti, Fara.

Dia sudah tiada dan itu semua kenangan.

Rasa semacam hati di hiris hiris bila aku bayangkan aku harus melepaskan andai itu takdirnya.

Aku belum mampu Tuhan. Bukan sekarang.

Biarkan aku begini. Cuma kekuatan itu yang aku butuhkan.

p/s : benci gila bila aku rasa lemah macam ini.


24jam yang lepas.

Sunday.
Bangun, mandi lembu, makan laptop.
Sampai sekarang jam 1.02 a.m
Monday dah? yeay. Encore lah?HAHA
Hasilnya?
























Mental.

p/s ; jersi argentina fav. : )



Tak peduli lah aku.

Penyesalan bukanlah punca aku masih tersekat kat dalam ruang ini.

Tapi perihal dalam hati aku.

Ruang yang ada cukup-cukup hanya dia.

Kalau kau boleh padam and letak kau dalam ruang tu, silakan cuba.

Hati aku masih kuat.

Aku masih percaya.

Aku tak letakkan harapan.

Tapi sentiasa cube untuk terus bergerak dalam permainan ini.

Siapa tahu.

Mungkin esok aku boleh ketawa dan senyum seperti dulu.

Mungkin.

Dan kau bukan Tuhan nak kata ini semua kerja bodoh.






Kipas dan lampu neon.

1 message received.

Daripada si dia. : l

Aku tak reply.

Aku termenung, baring tekebil kebil tengok kipas pusing dengan had laju maksima, lampu neon yang cantik sambil dengar lagu ni.

I wish I can be like you. You already forgot about our once upon time.

Imy. Please understand this.



Talking to the moon-Bruno Mars.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Bontot kau lah.

Sambungan cerita pekerja contoh.

Aku tak tahu pulak ramai calon-calon pekerja contoh untuk tahun ni.

Ok, semalam aku. harini kawan aku pulak?

Kau nak baju kitorang lepas punggung poket jeans?

Tolong lah. Membe aku bukan pakai baby T ok.

Memang kerja korang tengok bontot orang ye? Bagus.

Masa masuk tak ada pulak kau tahan. Orang dah tunggang tebalik letak barang kat rak baru kau nak tegur baju tu singkat? Haram jadah.

Korang dah kene audit, baru tehegeh hegeh nak buat benda ni semua. Dah ketok, baru konon nak buat semua ikot rules. Jilat bontot bos ko kan. : )

Macam ni ke fasiliti world class university yang konon korang canang canang nak dapat tu?

Setahu aku Havard ke 2 dalam top 1200 atau Stanford dalam list tu tak ada pulak macam ini.

Tak ke rosak mood kami student yang datang jauh-jauh daripada umah sewa yang dalam utan Jengka tu nak belajar kat library kalau setiap kali datang korang sibuk nak tengok bontot kami?

Rawrrr!

Usop, sila bako je library ni.

.

Pekerja contoh la sangattt.

Pekerja contoh.

1st paper lusa. Apepun tak belajar lagi. Asik berangan.

Harini semangat pergi perpustakaan konon nak belajar.

Masuk-masuk kena sound dengan pekerja contoh 1 yang tecatok kat depan pintu library sambil bertasbih, baju aku sengkat katanya. aku jawab, ok. esok aku pakai yang labuh dengan nada sinis.

Padahal aku perli.fine.Aku masuk letak barang, sembang-sembang jap dengan si Zam.

Aku keluar.

Aku masuk balek, pekerja contoh 2 pangel aku. baju aku jarang pulak? tak bole masuk.

Abah kau lah. aku dah siap masuk, duduk, goyang kaki, kentut.

Sekarang kau kata aku kene keluar pulak?

Aku tak faham lah. Nak salahkan baju aku ke, mata kau yang salah?

Pfft.

Tahniah. Mesti korang berdua dapat title pekerja contoh tahun ni.



Muda mudi dungu.


Selamat sampai Jengka.

Jengka so hot.

Terpinga, terpaku, tegumam, tekamjat tadi masa balik naik LRT ke Pekeliling tengok gelagat muda mudi sekarang.

Fine. Kalau dah nampak orang beruban putih penuh kat kepala, terhuyung hayang bergayut dalam LRT kau tak boleh berdiri ke bagi dia duduk?

Hish.

.

Jengka.

Esok pagi bertolak ke Jengka.

Naik bus kat Pekeliling yang sesak dengan manusia durjana.

Ini terakhir kali aku akan naik bus pulang ke Jengka.

3 tahun , 6 semester.

Oh ya.

Dia selalu ada temankan aku kalau nak beli tiket. Sekarang tidak lagi. : )

.

Pertama, Akhir Rasa.

Pertama, Akhir Rasa.

Dia bukan yang pertama. bukan juga lelaki terakhir yang aku kenal, berkawan dan make loves.

Sebaliknya, dia yang pertama dan terakhir buat aku rasa,

Mencintai dan dicintai seadanya.

Besarnya ego aku dan tingginya kesabaran dia, tak pernah marah aku, diam bila aku yang marah dan merajuk, melayan semua kehendak aku.

Perlunya menabung duit untuk keluar bersama, RM15.40 tambang bas ke KL, tambang LRT ke Pandan Jaya, Hang Tuah, tambang monorel ke Bukit Bintang, tambang bas Rapid, duit makan dll.

Sabar menunggu setiap hujung minggu untuk berjumpa, jumaat petang balik, ahad balik ke Jengka lagi.

Tempat paling best adalah bila dia ada bersama, even berbuka puasa tepi jalan pun dengan secocok fishball RM1 saje.

Buat dia gembira itu lebih penting, birthday present mp3, baju bundle BB yang dia asik belek-belek, suar PDI yang dia nak sangat beli.

Kesusahan itu yang membuatkan hubungan kami luar biasa.

Dan sebenarnya, aku belum bersedia untuk melepaskan ini semua pergi.

imy.

.

Jangan risau kawan.

Hati Goyah.

Aku tak suke cakap banyak. Bercakap bila perlu je bole kan?

Ya.

Orang kata, tak payah ingat, tak payah peduli.

Tapi aku taknak.

Bukan aku sakit, bukan aku sedih, bukan jugak buang masa aku.

Dia tak pernah putus asa dulu.

Sekarang giliran aku.

Jangan risau.

Aku masih bergerak ke hadapan kawan.

.

Padamkan kenangan?

Memories.

"Just let time erase your memories".

That was the last words that he told me.

If only he knew and realized.

If time can erase our memories, how much time will it take?

Creating memories are nice.

How can I erase all of those memories I had we him?


Maybe,

Time can make feelings fade. And that the reason why we broke up.

But it wont make the memories fade.

I cant turn back time.

Don't ever ask me to erase it.

Just let me keep those memories, cause that all I have about us.

.

sunshine aku.


my sunshine.
me and my nephew, Zaim Zuhairi Mohd Ruzed.
Sg. Tekala.

hujan malam.

Rain.

It's raining heavily.

I'm walking alone in that rainy night.

Flashing back our times.

There were u stood by the side of the road holding umbrella.

You arm squeezing my shoulder tight.

You were soak.

I pull your arm.

No needs for umbrella.

We were drain by the rain together that night.

Yet, I can see your smiling faces.

imy.

And here, im walking alone retrieving that memories on each of my footsteps.

Why i felt so heavy?

: (

.

Gitar.

Gitar.

Setiap benda akan mula dengan 1st time.

1st time aku belajar pegang gitar akustik.

Aku pegang gitar tu, aku petik gitar tu. Satu,satu jari pendek aku cuba nak capai tali-tali gitar tu. Aku mengomel sebab jari aku pendek. macam mana nak main.

Aku petik lagi. Macam budak kecik nak belajar berjalan. Sikit-sikit kedengaran melodi lagu Wake Me Up When September Ends. Aku ketawa riang. Terus tepuk tangan.

Itu pertama kali aku pegang gitar bersama dia.

Aku mengomel taknak main, dia pegangkan untuk aku.

Tak sampai jari aku nak capai kord tu. Dia tahankan sebelah tali gitar untuk aku.

Aku dapat mainkan melodi tu, kata dia "Ha, kan bole tu."

aku, gitar dan dia


Dia bukan artis. Tapi dia suka sangat gitar. Setiap kali pergi Pavilion, lalu depan kedai gitar. Tentu dia takkan terlepas nak masuk. Satu-satu gitar dia belek.

Duit memang tak de nak beli gitar.

Kata dia, kalau dia ada duit nanti dia nak beli gitar kat kedai tu.

Tapi,

Tak sempat. Aku tak sempat nak kongsi saat tu dengan dia.

I always miss that melody. 1st song that he sang for me.

Sebelum aku tidur, selalunya mesti dia akan nyanyikan untuk aku.

The song that he wrote for me.

"pertama kali ku melihatmu, wajahmu sering di fikiranku,
kau menjelma di setiap mimpku yang indah,
kata-katamu telah membuatku menggilai dirimu.
Senyummu yang manis jelita, tawamu membuatku gembira,
Adakah ini semua untukku.
Katakanlah itu cinta"

miss u en. rockstar.
always miss us.





Facebook.


Counting Days, 1, 2,3.

Hari yang membosankan.

Kawan-kawan dah ramai balik untuk cuti study week. Aku pulak stuck kat Jengka ini menunggu hari Rabu ini.

Fill my days watching The Social Network. Baru nak tengok ke cerita ni? Hell yeah.

Aku ingatkan cerita ni bored since dah tahu kan mesti no action,no romance. haha Sebab tu aku tak pernah nak tengok.

Tengok ni pun sebab ada cd bersepah sepah budak-budak rumah aku punya. Sauk lah sebab dah bosan tahap mati.

Tapi bila aku betol-betol layan cerita ni. Not bad at all Mark Zuckerberg.

Yeah. Sekarang ni , sape je tade Facebook. And im one of the millions,thousands people in the world that smoke Facebook 5-6 a day.

Dah boleh jadi heavy smoker dah. : ) Mari merokok bersama-sama?

Come on Wednesday! Nak balik Kuala Lumpur.



kami

Once upon a time about us.

separuh hati lagi.

Encik AA.


Kata orang pada aku,

Dia tak kacak,

Dia tak begaya seperti mana boyfriend-boyfriend diorang,

Dia tak banyak duit boleh belikan itu dan ini untuk aku,

Dia tak ada kereta yang boleh angkut aku ke hulur ke hilir,


Tapi aku bahagia dan cukup sekadar dengan apa yang ada.


Tak ada hadiah untuk aku bila harijadi aku,tapi cukup dengan adanya dia mainkan gitar capuk dia untuk aku,

Tak ada kereta, tapi cukup naik public transport pon seronok penat sama-sama,panas sama-sama, hujan sama-sama.

Tak ada duit nak makan mahal-mahal, tapi cukup dapat kongsi sepinggan nasi goreng dengan dia.


Sekarang bila dia tak ada, semuanya tak cukup dan tak lengkap.


(Hampir 2 tahun semenjak dia pergi.imy)



1

Reborn.

Deleting old ones.

Telling stories again.