intan farhana ini saya.

hai pembaca dalamhatibisu.
lama tak berblog.
sibuk bercinta bekerja setiap hari.
tapi rindu.
rindu nak mencoret rasa hati.

setiap hari bertarung untuk terus ke depan.
berterabur langkah di ambil. taknak berhenti walaupun sukar untuk menapak.
kalau berhenti, mesti lupa jalan nak ke depan.
kalau berhenti mesti cuma mahu ke belakang mula semula.

ya.
takkan pernah gembira seikhlas hati selagi aku selalu mencari apa nak disi dalam balang kegembiraan tu.kan senang ada topup kegembiraan.

sama juga, takkan pernah rasa nikmat kehidupan selagi aku masih mencari cari makna kehidupan ini.

mudahnya, hidup ini menjadi dengan seni sendiri.

itu yang dipilih, ada la jalannya.

tapi aku sendiri mengomel dengan apa yang sudah dipilih sendiri. macam mana? haihh.

p/s: suka dengar lagu blog sendiri. lagu refleks diri : ))



No comments: