Sebenarnya . . .

Aku memandu sambil siaran aku ubah ke frekuensi 101.30.

Sambil aku dengar lagu ke udara. Perlahan lahan semua memori aku dan dia terselak di minda.

Takda perasaan. Air mata aku mengalir.

Lagu apa? Penyanyi muda Indonesia. Juara X Factor.

Fatin Shidqia Lubis - Dia Dia Dia.

Sebenarnya, aku tahu bila aku cerita tentang hubungan aku dan dia ramai yang meluat, ramai yang berpendapat aku perlu lepaskan.

"Kau meroyan ke?"
"Dah lah tu. Kau ni macam takde orang lain"
"Kalau bf aku takde la macam laki kau"

Terima kasih semua.

Tapi aku juga tahu. Allah mencuba aku.
Susahnya. Aku bukan seorang yang terlalu mudah mengalah.

Pernah aku terlalu sakit. Sampai memang aku nak lepaskan.

Tapi bukan kerana sayang je aku masih bertahan.

Aku pasti. Allah mencuba aku.

Hadirkan dia dalam hidup aku untuk aku juga bantu dia dalam hidup dia.

Mungkin dialah Adam aku. Walaupun dia tak sesempurna mana. Aku percaya. Akulah Hawa yang perlu menyempurnakan dia dalam kesederhanaan.

Daripada aku senang bersama dia. Sehingga dia jatuh kosong. Aku akan ada.

Walaupun esok.

Mungkin juga rupanya aku silap. Aku takkan pernah menyesal.

Nah belanja lagu.








Rela.

Hati mula redha.

Hati rela melepaskan.

Dari jauh tak mengapa.

Asalkan kamu senang.

Asalkan kamu gembira.

Bersama keluarga dan rakan. Mahupun yang lain.

Aku akan mencari jalan dalam gelap.

Mungkin merangkak sakit. Tapi pasti boleh.


...

terlalu banyak.

banyak yang terpendam.

tak mampu nak luahkan.

cuma bertahan yang aku mampu.

selamanya aku akan begini.

sepi diri aku.

diam diri aku.

kau lukai.

kau khianati.

mungkin tiada salahnya.

kerana aku masih akan terus begini.

jasad berisi menjalani hidup yang kosong.

Kata Durjana

Kalau kita tahu control diri kita.

Dalam perbalahan.

Sebenarnya yang tenang lah pemenang.

Tak tahu nak kata apa bila baca.

Marah , Mencaci, Memaki.

Orang yang jenis begitu pada aku tak boleh nak berfikir secara telus.

Kelakar.

Lagi lagi yang post panjang berjela kat status mereka, kuar pula kat News Feed Facebook dimana 3,000 Friends kau baca.

Tambahan pula lelaki rupanya.

Haihh.

Mudah sebenarnya berkata baik dan memaafkan orang.

Tak boleh berkata baik? Diam.