aku sahaja tahu

putus asa semudah itu tak menunjukkan betapa pentingnya perkara tu untuk kita.

tapi macam mana?
mana yang dah tahu tu cerita aku,
hatters lagi lebih daripada yang support aku dan dia.
sudah la macam tu,
apa yang aku buat ini semua langsung tak menguntungkan aku.
tunggu nak kena hamun, tunggu nak kena benci adalah.

bukan tak cuba nak lepas
bukan tak cuba nak bagi peluang untuk hati ini terima yang lain.
ada.
tapi bila dah jalan terus jumpa bulatan, pusing kat situ balik aku mula.

orang pun dah kata aku gila talak bayang.
ingat aku suka pula hidup dengan bayang-bayang?
aku tahu, ini kerja gila. tapi aku tak mampu nak lawan rasa hati.

ya.
aku ok dalam hidup.makan, tidur, ketawa, makan lagi, terus makan. tapi ini cerita dalam hati.

sumpah aku tidak pernah macam ini. sebab dia saja aku jadi macam ini.

mugkin sebab dulu, aku pergi bukan dengan kerelaan aku. banyak benda tak kesampaian.

bila timbang kati,

kalau aku lepas aku sakit,
kalau aku terus macam ini pun sakit akhirnya.

jadi macam mana?

p/s: bomoh sukarelawan ubat penyakit aku ini diperlukan. tolong mandrem bg aku lupa. ada?


.

No comments: