Di mana hilangnya kesusahan bersama satu tika dulu yang tidak pernah aku kenal erti penat.
Kenapa diungkit apa yang aku mahukan?
Tidak pernah aku pinta kemewahan daripada kau.Sikit pun tak pernah.
Cukup adanya kau.
Kenapa digusar hati ini akan terluka?
Sudah terluka hati ini, biarkan saja ia terus terluka.
Kenapa kau bertindak seolah olah orang yang sudah hilang ingatannya?
Kenapa aku diperlakukan seperti aku sahaja pesalah lampau dalam hubungan kita yang lepas?
Kenapa tidak sedar akan hancurnya hati ini dahulu kerana kau, lalu aku pergi dengan langkah berat meninggalkan kau?
Kenapa tegarnya hati kau?
Kenapa dibiarkan ego itu melebihi keperimanusiaan hati kau?
Sekarang, bukan cinta yang aku mahukan.
Cuma peluang.
Dan kenapa kau masih tidak mengerti?
Kali ini kau berjaya sangat buat hati ini rasa ditikam tepat. tahniah.
Tapi aku masih hidup dan bergerak dengan luka itu. biar habis nyawa ini dengan luka itu.
No comments:
Post a Comment