28 dan 22

intan farhana idris
28.05.89 - present

sangat-sangat hargai semua ucapan kawan-kawan.
call,sms,fb,ym.

tiada apa yang hendak diraikan.
tiada keperluan untuk meraikan.
masih putih seperti tahun-tahun sebelumnya.
cukup memadai aku tau,
dah jauh.
dan masih jauh lagi.
insyaallah.
: )

p/s: tq Suaidah Rosli. muffin coklat chips sekotak awak tak habis-habis lagi.ehe

masih 3.40 pagi

mencari persamaan dalam perbezaan.

itu yang sedang aku fahamkan sekarang.

kita manusia tiada yang sama.

konon je rambut sama hitam. cliche sangatlah haii.

mana tau hitam sama? aku hitam cair, kau hitam pekat kan.haha

dalam jurang perbezaan yang besar, kecil mahupun sederhana itu.
apakah persamaan kita?
mungkinkah dengan persamaan yang ada tu menjamin kita boleh sekepala dan kongsi jalan hidup ini?

mungkin. dan aku masih mencari, cuba memahami dan belajar menerima persamaan dalam perbezaan itu.

p/s: kenapa mesti 3.40pagi aku login blogger ni? : ))

3.40 pagi




❝Lelah parut senyum dah jemu

❝Rasa itu ini sementara
❝Kau harus ada
Kau harus ada di mana tempat ku berada


terima kasih

Tiada apa yang lebih sakit melainkan sedar seseorang bermakna pada kita,
tapi kita tidak bermakna pada seseorang. kan begitu? : ))

Terima kasih Tuhan pertemukan aku dan dia.
Terima kasih cinta berikan aku peluang untuk merasa bahagia itu.
Terima kasih dia.

Harapan.
Berlaku bila kita memberi harapan kepada sesuatu yang tak mungkin ada harapannya lagi.

Biarkan harapan kecil ini terpadam dengan api amarah yang besar itu.

hmmm.

puas hati?

ok.bye.


melaka maju







i city

kamera hp yang sangat kabur kan?
semua bawak kamera tapi macam-macam hal
ambik kau.sekali shoot pakai nokia 3.2 mega pixel saje.

terpaksa berdiri dekat dengan lampu.
terang kan? haha

ini adik kecik saya,
mohd amirul haziq.


status saya?

dalam fb

status:divorced

kenapa divorced? bukan single?

rasa tak kena je single tu.

hati orang bercerai ini lagi parah kan. haha

terbiasa dengan hidup sendiri.

dulu ada pun, suma buat sendiri gak. cuma berteman lah. lagi seronok dan ringan : ))

jauh lagi. takpe kan.

untuk fara,
kau perlu terus berdiri sendiri untuk menunjukkan kau masih mampu berdiri. : D

p/s: otw melaka. penat juga mendrive.


3 kombinasi hati

hatinya gelap untuk melihat.
hatinya terlalu kasar untuk merasa lagi.
hatinya merah.merah kerana penuh dengan api amarah.

: ))
mampu ke pula hati ini untuk
mewarna, melembut dan meredakan hatinya?

nak guna apa bai?

water colour buncho?
kertas pasir sekeping?
air pili bomba?

dah aku katakan sebelum ini.
bukan meletakkan harapan.
cuma cuba terus bergerak.
biar aku sendiri yang bermain dalam permainan ini. : ))

not enuf

what if our good is not good enough?

aku bukan malaikat. memang ada lah buruk aku.

egois, batu besar atas kepala tu memang ketara.

diam. ade lidah, tapi taknak guna. guna blog.lalala

kalau aku guna lidah. memang pedas lah kau kena.

yelah. hati dah marah. sumpah setan duduk atas kepala.

tolong faham. kata-kata yang tepacul daripada mulut tak semestinya dari sudut hati sendiri.kadang di pengaruhi faktor-faktor lain. kita manusia bai.

pikir lah gak apesal orang marah? saje-saje nak marah kee?

pantang aku orang berlagak. pantang sangat. jangan, jangan.

tapi, dalam banyak hal aku tak takut nak mengaku depan-depan kalau betul lah aku salah.

direct confrontation is the best method i think.

tak payah kecut-kecut. dah salah, tetap salah.

aku mintak maaf banyak-banyak lah kan kalau aku salah. kaki kau pun aku sanggup cium ah kalau besar sangat salah aku.

kalau still lagi nak cerita pum pam pum pam keburukkan aku. kau benci sangat la tu. dendam la namanya tu. sebab kau takleh lupa.

takpelah. hm.

aku bukan malaikat. mungkin kau ya.

p/s: orang buta ni tak perlukan cikgu nak tunjuk jalan. cuma perlukan diri kau satu lagi untuk tahu sendiri. kau buta tak? semua datang daripada diri sendiri ah senang cite. : ))


penang

daripada hutan batu yang sesak, ke suasana kampung yang damai.
terus ke sawah padi dan laut.
sekarang giliran jambatan.jambatan pulau pinang.
menginap di kondo pak ngah aku yang merantau di sini bekerja.
terbaik view daripada atas sini.
tenang.
teringat aku masa tinggal di putrajaya, bilik tingkat 3. selalu tertidur lepas bercakap dengan bulan.: ))
oh.ye. rindu kazen-kazen aku jugak. : ))




holiday

bila dah officially jadi penganggur ni, ada pulak rezeki datang.

rezeki berholiday.hehe

well kali ni explorasi utara. daripada perak, kedah, perlis dan penang. even dah pegi dulu-dulu. pegi. redah lagi. dulu kecik, sekarang dah besar. nampak?hehe

sekarang masih di langkawi. next ke penang.

ini sedikit sneak peak. : ))




kereta seret

sepang drag battle 2011, round 2.
congrats to kamarul nazran 3rd place, category D.

more coming. : ))

tak tahu kan

cinta itu.

mungkin aku tidak tahu apa yang aku ada sehingga ia pergi hilang.

keindahan cinta itu hanya sementara.

tapi kepedihan cinta itu kekal selamanya dalam hati ini.

you never know that this pain is because your absence.

i want to grow grey and old with you.

instead i grow apart from you.

i miss you.

really i do.



ingatan

teringat aku teringat kamu dan janji lamamu kepadaku.

teringat aku teringat.

teringat saat kau masih ada di sini, temaniku sepanjang hari.

teringat aku teringat.

hidup aku cukup adanya keluarga terhebat dan kawan-kawan terbaik.
tapi sayang, hidup ni tak pernah lengkap tanpa adanya dia.


: (


phewwww

sudah ada di Jengka.
im back for good.
oi. tak study langsung aku balik shah alam. gaya macam orang dah habis exam.

penat badan macam dah kena balun bila sampai semalam terus tidur.
penuh aktiviti 3 hari kat shah alam.

terbaik kali ini.
dapat jumpa frens yang mmg niat aku nak jumpa, execpt for Farahin. sorry dear. tak sempat.
and last day sempat spent time dengan famili aku untuk hari mak aku.
hope u like it mak. we love u so much.

sorry kawan-kawan di Jengka tak sempat balik untuk makan-makan dengan korang.


p/s: entri ke drag di sepang dan hari mak aku akan diupdate later. sekarang harus study. harus je? hehe : )


aku sahaja tahu

putus asa semudah itu tak menunjukkan betapa pentingnya perkara tu untuk kita.

tapi macam mana?
mana yang dah tahu tu cerita aku,
hatters lagi lebih daripada yang support aku dan dia.
sudah la macam tu,
apa yang aku buat ini semua langsung tak menguntungkan aku.
tunggu nak kena hamun, tunggu nak kena benci adalah.

bukan tak cuba nak lepas
bukan tak cuba nak bagi peluang untuk hati ini terima yang lain.
ada.
tapi bila dah jalan terus jumpa bulatan, pusing kat situ balik aku mula.

orang pun dah kata aku gila talak bayang.
ingat aku suka pula hidup dengan bayang-bayang?
aku tahu, ini kerja gila. tapi aku tak mampu nak lawan rasa hati.

ya.
aku ok dalam hidup.makan, tidur, ketawa, makan lagi, terus makan. tapi ini cerita dalam hati.

sumpah aku tidak pernah macam ini. sebab dia saja aku jadi macam ini.

mugkin sebab dulu, aku pergi bukan dengan kerelaan aku. banyak benda tak kesampaian.

bila timbang kati,

kalau aku lepas aku sakit,
kalau aku terus macam ini pun sakit akhirnya.

jadi macam mana?

p/s: bomoh sukarelawan ubat penyakit aku ini diperlukan. tolong mandrem bg aku lupa. ada?


.

flying sabahan

nan, ini bukan selamat tinggal.
selamat jalan, jalan yang jauh ke depan lagi : )


mohd adnan.
lebih kepada seorang brader yang merantau jauh untuk segulung ijazah itu.
kejujuran dia sering membuat kami ketawa.
hari ini flight pulang ke sabah.
nampak sangat gembira hati dia nak pulang ke kota kelahirannya itu.
semoga berjaya di sana nanti nan.
nanti kitorang datang sabah kan. : )


lepas

puas.
lepas semua rasa dengan berkaroke bersama teman-teman.
balik lewat pagi lepas melepak di kedai minum dan beronda ronda.
sembang pum pam pum pam.

teringat sendiri, bulan ni bulan mei.
taknak create bad memories untuk bulan ni.
mei untuk aku. : )

ok. 5 pagi dah sekarang.
tidur.

p/s: gambar gila karok mungkin di upload kemudian.


kenapa

Kenapa sekarang baru dikata kau penat.
Di mana hilangnya kesusahan bersama satu tika dulu yang tidak pernah aku kenal erti penat.

Kenapa diungkit apa yang aku mahukan?
Tidak pernah aku pinta kemewahan daripada kau.Sikit pun tak pernah.
Cukup adanya kau.

Kenapa digusar hati ini akan terluka?
Sudah terluka hati ini, biarkan saja ia terus terluka.

Kenapa kau bertindak seolah olah orang yang sudah hilang ingatannya?

Kenapa aku diperlakukan seperti aku sahaja pesalah lampau dalam hubungan kita yang lepas?

Kenapa tidak sedar akan hancurnya hati ini dahulu kerana kau, lalu aku pergi dengan langkah berat meninggalkan kau?

Kenapa tegarnya hati kau?

Kenapa dibiarkan ego itu melebihi keperimanusiaan hati kau?

Sekarang, bukan cinta yang aku mahukan.

Cuma peluang.
Dan kenapa kau masih tidak mengerti?

Kali ini kau berjaya sangat buat hati ini rasa ditikam tepat. tahniah.
Tapi aku masih hidup dan bergerak dengan luka itu. biar habis nyawa ini dengan luka itu.


rasa ini bodoh

Keluar awal jawab systems.
Putih adalah warna dominan pada kertas jawapan.
Sekarang duduk termenung di library.
Ade aircond.sejuk hati sikit.

Menekan-nekan hp guna wifi yang ada.

Sambil-sambil facebook.
Baca message daripada dia.
Terdiam.

Taktahu perasaan apa dalam hati.
Rasa macam jatuh lubang gelap besar.
Nak jerit mintak tolong, macam pita suara dicuri dan lidah dipotong nak bercakap.

Oh Tuhan berat sungguh dugaanMu ini untuk bahu kecil aku memikul.

(Mengeluh gila-gila panjang)
Tapi sungguh. Aku takkan putus asa. Bagi lah apa yang datang.
Tuhan menguji aku kerana tahu aku mampu mungkin.
Hm.




Ok. Dah rasa macam ada habuk masuk mata sekarang.
Bye.



systems

Esok 2nd paper aku.
Ini paper killer.
Office Systems Analysis and Design.
Semoga berjaya.
Harap-harap kertas putih boleh penuh dengan dakwat biru esok.

"Zam kau tidur sambil study ke?" ok.

Pesalah.


lemas

Hati makin lemas dan sesak.

Ada kalanya, aku tak mampu nak menyerap dan menampung lagi.

Bukannnya mudah nak pegang kerinduan aku dan bergerak dengan bayangan dia dalam kelam.

Saat mata aku pejamkan,

Dia menyentuh pipi aku, mengesat air mata yang membasahi pipi dan mengucup dahi menenangkan hati aku yang kepiluan.

Tapi bila aku buka mata melihat dunia. Ini realiti, Fara.

Dia sudah tiada dan itu semua kenangan.

Rasa semacam hati di hiris hiris bila aku bayangkan aku harus melepaskan andai itu takdirnya.

Aku belum mampu Tuhan. Bukan sekarang.

Biarkan aku begini. Cuma kekuatan itu yang aku butuhkan.

p/s : benci gila bila aku rasa lemah macam ini.


24jam yang lepas.

Sunday.
Bangun, mandi lembu, makan laptop.
Sampai sekarang jam 1.02 a.m
Monday dah? yeay. Encore lah?HAHA
Hasilnya?
























Mental.

p/s ; jersi argentina fav. : )