Bangun subuh dengan niat hati nak mewudukkan diri dan bersiap ke kerja.
Tak sangka jam mendustai aku, menghasut aku memonteng kerja.
Dikata jam 6, rupanya sudah 7.30 pagi.
Cuba merusuhkan diri mandi lembu. Pusing pili, tik, tik.
Air takda!
"Bos, harini EL la. Air kat rumah takda".
Masa, semuanya kerana masa.
Tengok saja sekarang jam kat tangan.
Nampak kan zaman kecil, zaman jahiliah remaja.
Cepatnya masa berpusing dan berlalu.
Menggunungnya dosa.
Kalau lah nyawa ditarik.
Kosongnya tangan tanpa bekalan.
Kebelakangan aku selalu bayangkan,.
Hidup ini sangat mimpi. Mimpi yang dalam.
Aku akan mati. Tinggalkan mereka yang aku sayang. Lupa tentang mereka.
Terbayang dunia yang akan kiamat. Goncang dan hancur dunia ini.
Yes. Ingat mati tu sunat.
Sekarang, aku masih terus berjalan seiring masa untuk baiki diri dan mencari redha Illahi. Boleh? : )
No comments:
Post a Comment