...

terlalu banyak.

banyak yang terpendam.

tak mampu nak luahkan.

cuma bertahan yang aku mampu.

selamanya aku akan begini.

sepi diri aku.

diam diri aku.

kau lukai.

kau khianati.

mungkin tiada salahnya.

kerana aku masih akan terus begini.

jasad berisi menjalani hidup yang kosong.

Kata Durjana

Kalau kita tahu control diri kita.

Dalam perbalahan.

Sebenarnya yang tenang lah pemenang.

Tak tahu nak kata apa bila baca.

Marah , Mencaci, Memaki.

Orang yang jenis begitu pada aku tak boleh nak berfikir secara telus.

Kelakar.

Lagi lagi yang post panjang berjela kat status mereka, kuar pula kat News Feed Facebook dimana 3,000 Friends kau baca.

Tambahan pula lelaki rupanya.

Haihh.

Mudah sebenarnya berkata baik dan memaafkan orang.

Tak boleh berkata baik? Diam.

dunia.

"dalam hidup ni, kita kena pentingkan diri"

itu kata seseorang pada aku.

betul ke?

kalau yelah.

mungkin sebab tulah aku selalu gagal.

aku rasa aku terlalu naif. terlalu bodoh.

percaya kan semua orang.

tak sedar orang tu berkawan dengan aku bersebab.

better la aku sendiri.

kalau susah pun.

1% lah kot membe nak tolong.

so better la aku sendiri.

kalau ada pun macam tak da.

apa yang dah ada, aku akan hargai mereka.

yang akan ada. aku taknak.

duniawi.

tapi Allah tu Maha Kaya.

susah aku sendiri, Dia masih bagi aku peluang.

aku masih ada rezeki untuk teruskan.

untuk bertahan.

terduduk.

lumpuh rasa hati.

air mata tak berhenti henti sepanjang pemanduan.

penglihatan kabur.

lagu lagu sedih daripada radio buatkan hati aku bertambah remuk.

mungkin aku terlalu berlembut.

terlalu lurus. terlalu jujur dengan orang sekeliling aku.

sampaikan dibodoh bodohkan.

aku mengalah.

aku takkan menang.

aku akan lepaskan.
aku janji.





Dengar.

"Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa


Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah ..
Takkan terpisah ..

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa "

Black - Takkan Terpisah, 2013.


Lagu dari dia untuk aku.
Kerasnya hati aku nak terima dia dan maafkan dia.
Aku cuma tak percaya yang dia berusaha sungguh.
Aku pasti dek kerana kelembutan aku kesalahan tu tak mustahil akan berulang lagi.

Diam aku sepi.
Sepi aku tak berisi.
Diam aku bukan benci.
Cuma mahukan yang pasti.

Tapi yang satu ku pasti, aku masih menanti.

Orang mengata. Dia takkan tahu,
Kenapa aku masih percaya.





rojak.

aku.
famili.
dia.

semua aku nak fikir. semua ada je tak kena.

bertahan fara.

perlahan lahan mesti boleh selesai.

tak boleh mengalah.

:,(


anti social

bila aku belek belek diri aku.

makin menua. makin aku kurang bergaul.

sebab. bila aku ada masalah aku diam.

diam tu lebih mudah pada aku.

jadi banyak masa aku habiskan sendiri.



haihhh.

Kisah malam.

Jujurnya aku selalu akan menangis sebelum aku tidur. Hampir setiap hari.

Banyak yang terlintas sebelum aku tinggalkan dunia lepas seharian aku letih.

Takut takut dah tak diberi peluang untuk esok.

Selamat malam.

Kesat air mata.

Esok hari baru. Insyaallah.






tin kosong.

masa berlalu terlalu cepat bagi aku.

yang aku dapat kat belakang semuanya tin kosong untuk aku bawa ke depan.

tak bermakna.

aku nak buat lebih. tapi tak mampu.

 :(


Lagi.

selalu kena bertarung dengan diri sendiri.

bila sedih, kena berusaha untuk gembira.
bila nangis, kena berusaha untuk berhenti menangis.
bila susah, kena berusaha untuk jadi senang.

penat buat semua ni sendiri.

aku perlukan bahu bila aku sedih.
aku perlukan orang nak faham masalah aku.

bukan nak suroh kau selesaikan.

cuma orang yang nak ambik tahu dan dengar.

aku penat.

penat.

penat.

Luka

aku selalu terluka sebab dilukai.

Mereka datang tinggalkan luka.

Luka aku tak berubat.

Kering menjadi parut.

See.

Selamanya luka tu tak berubat sebenarnya. Ia cuma berubah menjadi parut yang aku tak akan dapat hilangkan.


Ramdhan Syawal.

aku takkan beraya tahun ni.

aku tak pasti aku nak raikan apa.

sedih hidup macam ni kan.

Selamat Eid Mubarak untuk yang menyambutnya tahun ni.

Dalam.

Hati,

Kenapa dah tak rasa apa apa.

Kau terluka kan.

Tapi kenapa kau diam.

Mata,

Kau menangis sebab kau rasa kan hati terluka.

Perh.

Maaf. Tapi bagi aku sikap kau agak kebinatangan la Encik. Babi.

Aku benci kau malam ni.

Mungkin akan belarutan sampai bila bila.

Kalau kau boleh lukakan si hati aku.

Kenapa aku perlu peduli dengan si hati kau Encik?




aku selalu aku.

selalu kalau ada masalah mesti aku tulis kat sini.

yela. bila senang tak beringat.
dah susah tak da tempat aku nak kongsi.

tapi 24 tahun hidup ni. aku percaya takdir aku susah nak berubah.

selalu nasib yang sama.

moto hidup. susah banyak, senang sikit.

sebab tu juga lah aku suka buat hal sendiri. aku tak kesah kalau sendiri.aku taknak libatkan orang lain dengan rasa susah aku.

bagi aku. orang lain berhak rasa gembira, rasa senang.

tapi aku dah selalu. selalu rasa susah.

sebab tu aku banyak lepaskan. lepaskan dalam persahabatan. dalam percintaan.

pandangan orang, aku ego.
pandangan orang, aku pentingkan diri.

tapi hakikatnya aku taknak bebankan orang lain.

susah aku. biar aku sendiri.

aku sendiri yang rasa sakit.
aku sendiri yang menahan air mata.

sebab tu aku tak mampu nak marah orang.
dalam hidup aku. aku cuma belajar rasa sakit
bila sakit aku tahan.

haihh Intan Farhana. T_T
sampai bila.

tak sapa dapat ubah. melainkan aku kan. rapi aku dah tak mampu.

dah banyak yang aku belajar.tapi semuanya sama.

Rezeki bertukar tukar.

Lepas satu satu bank aku lompat.

Sebab? Banyak sebab.

Kadang gaji ngam. Benda lain tak ngam benefits, workings hrs, management.

Kadang benda lain ngam, gaji tak ngam.

Semua bank dalam Malaysia ni aku merasa.

Tapi bidang masa aku study dulu bukan Banking/Business Studies. :)

Rezeki Tuhan.

Aku harap rezeki bulan April Foolish ni yang kekal.

Semua untuk keluarga aku.

Untuk masa depan aku.


Penjaga Kain.

Best tak tajuk aku.

Adakah anda punyai ciri ciri penjaga kain?

Aku tak faham lah. Orang yang suka jaga tepi kain orang ni. Penyibuk.

Bagi aku orang macam ni pengecut.

Ayam. Ayam katik.

Dah spesis ayam sama dengam la haiwan. Akal ada?

Kalau berani bagi tau aku apa masalah kau dengan aku.

Sampai bila nak jadi ayam?

Pinangan Menjadi Tunangan


Semoga sampai jodoh olehNya.

Singkat

Ok. malam ni last night before majlis pertunangan aku esok.

Penatnya. Kasihan mak abah aku buat persiapan macam macam.

Semua bagi ucapan tahniah. tahniah nak bertunang.

Seronok ke?

Kalau bertunang banyak nak kena bagi perhatian.

Silap silap.

Tunang orang lain. Kahwin orang lain. Choi.

Mampu ke dia jadi ketua keluarga aku?

Mampu dia nak bimbing aku?

Benarkah dia? Atau hadirnya dia hanya sekali lagi untuk menguji aku?

Aku tak tahu. Aku tak pasti.

Yes. Im not sure. Bad right?

Engaging with "someone" but not sure about marriage with that "someone". Damn

Its not my fault if I dont feel Im in love. Dia patut main peranan jugak.

Entah lah. Tunggu la next post.

In the meantime. Doakan la dulu kami ok.


intanfarhana
11:37pm
26.01.13

Perikatan.

Siapa sangka.

Alhamdullilah.

Walaupun hubungan masih ada yang ruang rongak.

Aku masih yakin ruang itu masih boleh terisi.

Doakan kami.